Saturday 15 October 2016

SEWA BOT MEMANCING DI TELUK SARI,ENDAU, MERSING

Assalamuaaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca dan penggemar memancing yang budiman lagi dihormati.

Lambaian Pulau Mawar

Pulau Mawar merupakan salah satu pilihan lokasi memancing yang jarang sekali diterokai oleh masyarakat luar mahupun penduduk setempat. Ia terletak disebuah perkampungan masyarakat yang berlatar belakangkan pekerjaan sebagai nelayan iaitu dikawasan Kg. Teluk Sari, diantara Kg. Penyabong dan Bukit Tioman di dalam daerah Mersing, Johor. Pulau ini merupakan sebuah kawasan yang unik kerana kedudukannya yang terletak menganjur kelaut iaitu bersambungan dengan beting pasir dari daratan. Keistimewaan yang yang berbeza daripada tempat-tempat lain adalah, pertama ia tidak memerlukan bot untuk sampai ke pulau ini. Hanya memerlukan sedikit kudrat serta bekalan untuk memancing dan berkelah, pasti pengalaman yang dinikmati akan terasa amat berharga dan jarang dimiliki. Kedudukan pulau ini juga yang jarang diterokai oleh para pengunjung juga membuatkan ia terpelihara dari segi kecantikan pantai, kebersihan , serta permandangan yang indah dan tanpa gangguan bunyi-bunyi bising dari kehidupan hiruk pikuk kota. Pengalaman yang pasti perlu dikongsi bersama rakan-rakan dan ahli keluarga apabila anda telah sampai kesini.

Peta 



Peta 1: Kedudukan Teluk Sari/lokasi (dalam google map tulis Teluk Jeri Luar)


Peta 2: Zoom dekat sedikit (daripada bandar Mersing)


Peta 3: Zoom paling hampir untuk kejelasan

Laluan 1:

Perjalanan daripada Bandar Mersing mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja melalui pesisiran jalan pantai (Bandar Mersing > Pantai Seri Lalang > Air Papan > Kg Tanjung Resang > Bukit Tioman > Teluk Sari > Pulau Mawar).

Laluan 2: 

Jika pengunjung melalui dari arah utara iaitu dari pekan kecil Endau, maka arahnya adalah seperti berikut ( Endau > Teriang > Penyabong > Teluk Sari > Pulau Mawar) dan mengambil masa kira-kira 15 minit daripada Pekan kecil Endau untuk sampai ke destinasi.

*Sebagai petunjuk tempat untuk pengguna GPS / aplikasi Waze boleh taipkan: Kem PLKN Teluk Sari, Endau, Mersing. 

*Jarak antara tempat yang dituju dan Kem PLKN Teluk Sari: 2 KM sahaja iaitu jalan lurus dan smpai di jambatan mawar (Destinasi/Rumah pemilik bot). 

Sewaan Bot Memancing dan Kayak

- Aktiviti memancing sungai dan muara.
- Hasil tangkapan yang selalu didapati: Siakap Putih, Siakap Merah, Senangin, Sembilang, Kuku, Kerapu, Pari/Tuka, Gelama sungai. Ketam untuk yg berminat memasang bubu sendiri.
- Kaedah/umpan terbaik: Casting, Udang hidup, potongan ikan.

Kat bawah nie, cerita sikit pasal ikan. Tayang2 cket gambar kasi panas line..membara brader..joran dah ada...bile lagi mau mai?..haha. Ikan mangrove / paya bakau memg sedap berbanding ikan laut n darat..nak tahu kenapa? sebab persekitaran / ekosistemnya yang dinamik, sedimen dan sumber makanan ikan yang berbeza. Kalau ko x percaya. ko tanya orang pantai barat atau pantai timur, ikan belah mana sedap?...majoriti kata pantai barat. Sama macam ketam nipah, kalau belah2 ulu, duduk betul2 dalam paya bakau, isinya padat n piau berbanding ketam nipah yang tggal berdekatan muara sungai. Ini bukan aku belajar ngan orang, sebab aku duduk tepi laut n sungai dan sikit2 aku boleh kongsi kepada korang lah. Hah kat bawah nie..payung cket gambar ikan top species in Mawar River.


Gambar (a) : Siakap Merah / Mangrove Jack (buruan utama)

Ikan nie xyah cerita pepanjang, atas pasar amat jarang nak jumpa. Kalau jumpa nak beli tu, memg nasib baik sesangatlah. Isi die sedap daripada ikan merah lagi. kalau xpercaya, try lah pancing n ko rebus je..haha. memg jaranglah org rebus ikan, tapi ko masak stim pun ok. Kalau masak dengan pelbagai rempah, ikan pun xde rasa brader. Setiap ikan yang nak masak untuk tahu sedap ke x, xyh nak buh rempah, stim is the best n citu baru ko tahu sedap ke x. 


Gambar (b): Siakap Putih / Barramundi 

Ikan nie yang paling syok layan n bila die ngap umpan...pergh ..melompat atas air. Jangan sampai terlepas sudah sebab insangnya tajam boleh putus tali dibuatnya. Memang amat berbeza apabila masak, kalau ikan sungai masak stim xder rasa hanyir. X sama dgn ikan siakap kolam yg jual kat restoran / pasar.


Gambar (c): Ikan Kurau 

Ada yang cakap senangin lah, aku panggil ni ikan kurau. kalau senangin ada ciri2 die tersendiri. Senang cerita mereka dalam family yg sama. Tapi isi ikan nie...marvelous...tp jarang sgt orang dapat, kalau ada musim die ko memg nasib baik. 

(1) Keterangan Sewaan Bot:

- Kadar : RM30 - RM50 / Bot (Sehari) - Pagi hingga Petang.
- Saiz Bot : 9 kaki - 21 kaki; Muatan 12 kaki (optimum: 2-3 org).
- *Enjin sendiri: cadangan : 1.5 kuda - 5 kuda (dayung disediakan).
- Bilangan bot : 5 buah.
- Bot berkedudukan strategik di muara sungai.
- Kenderaan penyewa/pemancing boleh diletakkan di dalam kawasan berpagar rumah pemilik bot (bersebelahan tempat bot parking).

(2) Keterangan Sewaan Kayak:

- Untuk aktiviti berkayak di muara sungai/sungai/pantai.
- Dayung disediakan.
- Kadar: boleh menghubungi Encik Rahmatdin.

(3) Keterangan Sewaan Bot Memancing Laut:

- Pemilik: Encik Azhar (Zahar Pulau).
- Saiz bot 24 kaki panjang/ Enjin 40 kuda.
- Pakej island hoping/ penginapan/ chalet/ BBQ/ Udang galah (Special Menu).

Untuk tempahan atau keterangan lebih lanjut boleh menghubungi pemilik bot seperti berikut:

(i) No. h/p: 010 - 7017730 (Encik Rahmatdin/ ayah)
* tinggalkan pesanan/SMS jika tidak berjawab/panggilan semula.

(ii) No. h/p: 014 - 5115181 (Encik Muhamad Nasir/ anak)

Gambar-Gambar Sekitar Kawasan



Gambar 1: Laluan ke rumah pemilik bot 




Gambar 2: Tempat masuk/ Rumah pemilik bot berdekatan  Muara Sungai Mawar


Gambar 3: Permandangan kelapa sawit di kediaman pemilik bot




Gambar 4: Muara Sungai Mawar ketika waktu air surut


Gambar 5: Muara Sungai Mawar ketika waktu air pasang


Gambar 6: Pulau Mawar kelihatan daripada rumah pemilik bot


Gambar 7: Permandangan jeti lama/kayu daripada atas jambatan baru/konkrit


Gambar 8: Bot untuk sewaan memancing sungai


Gambar 9: kawasan jeti untuk melihat permandangan sekitar/memancing


Gambar 10: Kawasan tempat letak bot berhampiran jeti


Gambar 11: Permandangan Muara Sungai Mawar dan Pulau Mawar daripada rumah pemilik bot/tempat letak bot


Gambar 12: Ketika air menyurung surut


Gambar 13: Kayak dan tempat berehat 


Gambar 14: Jamban dan tempat mandi (sempoi jer)


Gambar 15: Nie gambar bot kawan, pergi ke pulau


Gambar 16: Permandangan di Pulau Mertang

2 comments:

  1. Blackjack - Casino Poker and Table Games
    Blackjack 바카라 총판 tables are often 텐벳먹튀 played for two or more hands and are often played between two or more 윈 조이 포커 hands. In this variation of casino 바카라 시스템 배팅 game, the dealer 바카라시스템배팅법 is

    ReplyDelete
  2. Harrah's Cherokee Casino - Mapyro
    Harrah's Cherokee 안산 출장마사지 Casino & Hotel, Cherokee. 전라북도 출장샵 82800 강릉 출장마사지 US. 3.5-star. Casino: Yes. Gaming & Sportsbook: Yes. Rooms: 950. 부천 출장마사지 Rooms: 속초 출장샵 950. Casino Size: 5,000 sq. ft

    ReplyDelete